Selasa, 4 Disember 2012
Latihan Tatabahasa
1. Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.
A .mencurahi B. dicurahkan C. mencurahkan D. dicurahi
2. Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.
A. mengajar B. mengajarkan C. ajarkan D. diajarkan
3. Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
A. ditanak B. dikukus C. direbus D. dijerang
4.Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
A. mengandas B. menjinjing C. menatang D. membimbit
5.______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil dengan meletakkan
kenderaannya di kawasan tunda itu.
A. Biarpun, begitu juga B. Mestipun, kecuali
C. Walaupun, namun D. Sungguhpun, maka
6. Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________ pemandu lori itu pula hanya
cedera ringan.
A. lalu, Biarpun B. dan, Manakah C. apabila, Sementara D. maka, Adapun
7. Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.
A. biji, buah B. berkas, butir C. tangkai, biji. D. ulas, ikat.
8. Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.
A. biji B. kelompok C. buah D. gerombolan
9. Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.
A. batang B. papan C. berkas D. laras
10.________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
A. Bebatang B. Bebuli C. Reranting D. Kekayu
11. Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
A. lelapi B. lelabah C. Kekabu D. tetupai.
12. Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.
A. sampah-sarap B. semak-samun C. sayur-mayur D. lauk-pauk
13. _______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah diberkas polis.
A. Kaki botol B. Kaki judi C. Kaki bola D. Kaki sapu
14. Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah Matematik yang sukar ini.
A. otak kancil B. otak udang C. otak cair D. otak beku
15. "Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik Leman menyindir Ayub.
A. tangkai jering B. hancur hati C. pedih hati D. hidung tinggi
16. Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak sekolahnya.
A. tewas B. prihatin C. kecewa D.menangis
17. Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.
A. meminta B. diminta C. permintaan D. mintalah
18. Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.
A. terpelihara,terkorban B. terkawal,tenat C. terjaga,menemui ajal D. terbelai,mati
19. Tan tidak berselera hendak makan di gerai yang kotor itu.
A.lalu B. biasa C. ingin D. berasa
20. Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.
A. pucuk B. laras C. helai D. keping
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Latihan yang amat berguna untuk murid-murid..
BalasPadamteruskan usaha anda lagi
BalasPadamAda jawapan tak?
BalasPadamLatihan yang dapat memanfaatkan murid-murid, sangat baik!
BalasPadamlatihan yang memanfaatkan
BalasPadamkeep it up
Lembaran kerja yang sesuai bagi murid-murid.
BalasPadamLatihan ini amat berguna kepada murid-murid. Tahniah!
BalasPadamLatihan berguna kepada murid.
BalasPadam